BERITA TERGEMPAR | Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 rakam ucapan takziah kepada Myanmar, Thailand dan rakyatnya susulan gempa bumi yang melanda rantau ini pada Jumaat | Malaysia as ASEAN Chair 2025 extends deepest condolences to Myanmar, Thailand and their people following the deadly quake that hit the region on Friday | | Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 rakam ucapan takziah kepada Myanmar, Thailand dan rakyatnya susulan gempa bumi yang melanda rantau ini pada Jumaat | Malaysia as ASEAN Chair 2025 extends deepest condolences to Myanmar, Thailand and their people following the deadly quake that hit the region on Friday | |
KANGAR, 26 Mac (Bernama) -- Sebanyak 100 anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis terlibat dalam penugasaan Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 yang bermula 24 Mac hingga 8 April ini.
Pengarah JPJ Perlis Noraini Mohd Nawi berkata pihaknya memberikan komitmen tinggi bagi memastikan kejayaan operasi itu dan menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang dikesan melakukan kesalahan jalan raya.
“Malah, JPJ Perlis juga telah melaksanakan pemeriksaan terhadap bas ekspres sejak 17 Mac di Terminal Bas Bukit Lagi, Kangar dengan fokus utama adalah memastikan tahap keupayaan sistem brek, keadaan tayar berada dalam keadaan baik serta mengikut spesifikasi dan lampu berfungsi dengan sempurna.
“Lain-lain termasuk pemeriksaan teknikal yang melibatkan aspek keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Sehingga kini, 87 bas telah diperiksa dan tiada kesalahan berkaitan aspek teknikal kenderaan dikesan,” katanya pada sidang media sempena Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 peringkat negeri di Kilometer 4 Jalan Changlun-Kuala Perlis dekat sini hari ini.
Noraini berkata penguat kuasa JPJ Perlis juga akan ditempatkan di Terminal Bas Perlis Sentral di sini yang memulakan operasi sepenuhnya pada 24 Mac seperti dilakukan pihaknya di Stesen Bas Bukit Lagi.
Sementara itu, beliau berkata sebanyak 313 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan daripada 2,319 kenderaan yang diperiksa dalam operasi khas itu di negeri ini bagi tempoh 24 Mac lepas hingga 6 petang hari ini.
“Operasi kali ini juga melibatkan pelbagai agensi penguat kuasa yang lain seperti Polis Diraja Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK),” katanya.
-- BERNAMA
© 2025 BERNAMA • Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan