BERITA TERGEMPAR | Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 rakam ucapan takziah kepada Myanmar, Thailand dan rakyatnya susulan gempa bumi yang melanda rantau ini pada Jumaat | Malaysia as ASEAN Chair 2025 extends deepest condolences to Myanmar, Thailand and their people following the deadly quake that hit the region on Friday | |
KOTA BHARU, 27 Mac (Bernama) -- Aliran trafik dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu melalui Gua Musang menunjukkan peningkatan berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman bersempena dengan sambutan Aidilfitri.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata bilangan kenderaan bertambah di sepanjang laluan Gua Musang–Kota Bharu, terutamanya melibatkan kenderaan memasuki Kelantan.
“Pergerakan trafik masih terkawal, namun terdapat sedikit kesesakan di beberapa lokasi utama. Pihak polis telah menggerakkan semua anggota trafik dan tugas am dalam operasi khas bagi memastikan kelancaran aliran kenderaan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau turut menasihati pengguna jalan raya agar merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan kesesakan lebih teruk, terutamanya di kawasan tumpuan tinggi.
– BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial