BERITA TERGEMPAR | Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 rakam ucapan takziah kepada Myanmar, Thailand dan rakyatnya susulan gempa bumi yang melanda rantau ini pada Jumaat | Malaysia as ASEAN Chair 2025 extends deepest condolences to Myanmar, Thailand and their people following the deadly quake that hit the region on Friday | |
KOTA BHARU, 27 Mac (Bernama) -- Sebanyak 23 kes akibat mercun direkodkan setakat semalam oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) membabitkan mangsa berusia 15 tahun ke bawah, kata Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 13 mangsa dimasukkan ke wad dan selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar.
"Hospital Jeli mencatatkan lima kes, diikuti Hospital Tanah Merah, Hospital Pasir Mas dan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu masing-masing tiga kes.
"Dua kes akibat mercun pula dilaporkan di Hospital Bachok, Hospital Tengku Anis Pasir Puteh, Hospital Machang dan Hospital Gua Musang manakala satu kes di Hospital Tumpat," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata kes terbaharu diterima pihaknya membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang tangan kiri hancur selain luka pada bahagian muka akibat letupan mercun di Tumpat semalam.
"Kejadian berlaku lebih kurang 3.30 petang apabila mangsa dikatakan bermain mercun yang diubah suai bersama dua rakan lain," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial