WILAYAH - SARAWAK > BERITA

VIDEO TULAR ANGGOTA JPJ TAHAN PENUNGGANG MOTOSIKAL INSIDEN LAMA

30/03/2025 01:24 PM

PUTRAJAYA, 30 Mac (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan sebuah video berdurasi kira-kira empat minit yang memaparkan dua anggotanya menahan seorang penunggang motosikal sebagai kejadian terbaharu, sebaliknya mengesahkan insiden itu berlaku pada 2020.

Ketua Pengarahnya Datuk Aedy Fadly Ramli berkata tindakan tatatertib telah diambil terhadap kedua-dua anggota terbabit.

Beliau sehubungan itu menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan atau membuat sebarang spekulasi berkaitan video berkenaan.

"Pihak JPJ telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menghentikan penyebaran video itu dan tindakan yang sewajarnya.

“Orang ramai dinasihatkan menyemak terlebih dahulu dengan pihak JPJ bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan