WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KELAB MALAM JADI SARANG DADAH DALAM TUMPUAN POLIS - PEMANGKU PENGARAH JSJN

04/04/2025 03:04 PM

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Jika dahulu, sarang dadah konvensional sering tertumpu di bangunan terbiar dan kawasan terpencil, namun kegiatan itu kini beralih ke kelab malam, kata Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini memberi tumpuan penuh dalam merancang strategi untuk menumpaskan kegiatan itu. 

“Kami mempunyai maklumat kukuh bahawa beberapa kelab malam di seluruh negara kini telah berkembang menjadi sarang dadah versi terbaharu,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Mat Zani berkata kelab malam terbabit bukan sahaja menjadi lokasi penagihan dadah tetapi juga berfungsi sebagai pusat pengedaran dadah sintetik.

Beliau menjelaskan bahawa kelab malam terbabit bukan sahaja menjadi lokasi penagihan dadah, tetapi juga berfungsi sebagai pusat pengedaran dadah sintetik.

Menurut beliau antara dadah popular yang diedarkan termasuk methamphetamine, ecstasy, ketamin, heroin dan ganja.

“Kami sudah mengenal pasti kelab malam yang terlibat dan ia bukan hanya tertumpu di Lembah Klang. Malah, kelab malam di seluruh negara juga dikesan terbabit,” katanya sambil mengingatkan bahawa PDRM hanya menunggu masa untuk menjalankan serbuan besar-besaran. 

Mat Zani turut menggesa individu yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti itu supaya menghubungi talian hotline JSJN di 012-2087222.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan