WILAYAH - SARAWAK > BERITA

JUMLAH MANGSA BANJIR DI JOHOR DAN SABAH KEKAL

18/04/2025 06:23 PM

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Jumlah keseluruhan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Sabah kekal 192 orang petang ini.

Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata jumlah mangsa banjir kekal 37 orang daripada 11 keluarga setakat 4 petang ini. 

Beliau berkata kesemua mangsa ditempatkan di sebuah PPS di Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat.

“Dua kawasan yang masih terjejas adalah Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5 Jalan Muar.

“Selain itu, dua sungai dilaporkan melepasi paras amaran iaitu stesen Sungai Sedili Kecil di Sedili Kecil, Kota Tinggi dengan bacaan 2.13 meter (m) dan Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat (8.64 m)," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu di SABAH, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir tidak berubah 155 orang daripada 54 keluarga yang berlindung di Pusat Pemindahan Kekal Selagon, Beaufort pada petang ini.

“Enam kampung masih terjejas banjir di Beaufort dan trend pemindahan kekal," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan