KOTA KINABALU, 20 April (Bernama) -- Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon di Beaufort telah ditutup petang ini selepas keadaan banjir di daerah tersebut pulih.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan bahawa 155 mangsa daripada 54 keluarga yang berlindung di PPK tersebut telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, dan enam kampung yang terjejas kini telah pulih akibat banjir.
"Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Beaufort Mohd Nazri Ajun, yang juga Pegawai Daerah Beaufort, telah mengisytiharkan penutupan PPK Selagon pada pukul 1 tengah hari tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beaufort terletak lebih 100 kilometer arah barat daya dari Kota Kinabalu dan merupakan kawasan pedalaman di Sabah, dengan bentuk muka bumi yang kebanyakannya tanah pamah dan rata, terutamanya di bahagian utara serta tengah daerah yang berdekatan dengan pantai.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial