WILAYAH - SARAWAK > BERITA

WATSONS CLUB MEMBERS PARTY NIGHT HIMPUN LEBIH 4,000 AHLI SEMPENA ULANG TAHUN KE-15

21/04/2025 09:42 PM

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Buat pertama kalinya, ‘Watsons Club Members Party Night’ telah diadakan di Taman Tema Sunway Lagoon dekat sini baru-baru ini bersempena ulang tahun ke-15 Watsons Club yang berjaya menghimpunkan 4,000 ahli kelab itu.

Watsons Malaysia dalam kenyataan memaklumkan acara itu bukan sahaja meraikan sambutan ulang tahun ke-15 Watsons Club tetapi sebagai penghargaan atas pencapaian Watsons yang diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai ‘Most Merchant Touchpoint in a Membership Rewards Programme’.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia & Ketua Pegawai Operasi Kesihatan dan Kecantikan Asia, AS Watson Group Caryn Loh berkata pengiktirafan itu melibatkan komitmen Watsons terhadap inovasi, nilai dan hubungan bermakna dengan pengguna di seluruh negara.

“Sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan nombor satu, Watsons sentiasa berusaha untuk berhubung dengan ahli kami di seluruh negara. Kami komited untuk menerajui dan memperkukuh program kesetiaan negara dengan menawarkan ganjaran dan faedah yang dipertingkatkan.

“Pertumbuhan berterusan ahli kami mencerminkan kepercayaan dan penglibatan yang telah kami bina bersama rakyat Malaysia. Kami juga komited untuk terus berinovasi dalam ekosistem ganjaran kami, meningkatkan pengalaman pelanggan dan memberikan lebih nilai kepada setiap ahli. Bersama-sama kita meraikan dan mencipta sejarah,” katanya hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan sama syarikat itu memaklumkan akan meningkatkan program W Rewards dengan menawarkan ganjaran yang lebih bernilai sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan untuk menghargai pelanggan setia.

Ahli Watsons Club yang berjumlah lapan juta orang kini boleh menikmati akses ke lebih 5,000 touchpoint rakan niaga di seluruh negara dan menebus lebih 100 baucar eksklusif rakan kongsi bermula serendah 10 mata menerusi aplikasi Watsons.

Antara ganjaran menarik yang ditawarkan termasuk tawaran hebat daripada jenama popular seperti Sunway Lagoon Malaysia, Zus Coffee, Bananabro, Grab Food, Village Grocer dan LBS.

“Watsons mengajak semua ahli merasai pengalaman ‘App-rything’ menerusi Aplikasi Watsons MY, yang bukan sahaja platform membeli-belah dalam talian, malah sebuah hab untuk ganjaran, kesetiaan dan tawaran eksklusif. Ahli boleh menikmati tawaran eksklusif aplikasi setiap hari, mengakses program W Rewards dan menyertai e-Stamp Rewards. Setem digital ini boleh dikumpul dan ditebus untuk produk eksklusif dan pelbagai faedah menarik.

“Watsons Malaysia menjemput seluruh negara untuk menyertai program keahlian Watsons Club yang hadir dengan pelbagai keistimewaan termasuk keahlian seumur hidup. Daftar sebagai ahli Watsons Club dengan hanya RM25 dan dapatkan kad keahlian dengan fungsi NFC Touch ‘n Go serta 1,000 mata sambutan selepas pengaktifan,” menurut kenyataan itu.

Selain ganjaran harian, Watsons turut mengumumkan percutian eksklusif untuk 10 ahli bertuah Watsons Club, yang akan memenangi percutian selama enam hari empat malam ke Seoul untuk dua orang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Watsons Club, layari: https://www.watsons.com.my/membership .

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan