WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PENEMBAK YANG BUNUH LEBIH 20 ORANG DI TEXAS MENGAKU BERSALAH ATAS TUDUHAN BUNUH

22/04/2025 05:01 PM

MOSCOW, 22 April (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Patrick Crusius dari Amerika Syarikat, yang didakwa melepaskan tembakan di sebuah pasar raya Walmart di Texas pada 2019 sehingga mengorbankan 23 orang, mengaku bersalah atas tuduhan bunuh kerana jenayah berat selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak menuntut hukuman mati, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Crusius telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup sebanyak 90 kali pada Julai 2023 selepas mengaku bersalah atas kesalahan jenayah kebencian dan kesalahan berkaitan senjata.

Keputusan untuk menggugurkan tuntutan hukuman mati terhadap Crusius dibuat berdasarkan kehendak majoriti waris mangsa yang mahu kes itu ditutup, menurut laporan NBC News pada Isnin yang memetik Pendakwa Daerah El Paso County, James Montoya.

Pada pagi 3 Ogos 2019, Crusius melepaskan tembakan di pasar raya Walmart di El Paso, berhampiran sempadan Mexico. Suspek ditahan dan disyaki melakukan jenayah kebencian memandangkan warga Mexico antara mangsa yang terkorban. Insiden itu mengakibatkan 23 orang maut dan lebih 20 lagi cedera. Crusius mengakui bahawa dia sengaja menyasarkan warga Mexico.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan