WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PBB GESA PAKISTAN, INDIA REDAKAN KETEGANGAN SUSULAN SERANGAN KASHMIR

25/04/2025 05:37 PM

HAMILTON (Kanada), 25 April (Bernama-Anadolu) -- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa India dan Pakistan agar mengelak daripada mengambil sebarang tindakan yang boleh memburukkan keadaan susulan serangan maut di Jammu dan Kashmir yang mengorbankan 26 orang, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Jurucakap PBB Stephane Dujarric berkata Setiausaha Agung Antonio Guterres belum mengadakan sebarang perhubungan langsung dengan kerajaan kedua-dua negara dalam tempoh 24 jam lalu, namun memantau situasi itu "dengan sangat teliti dan penuh kebimbangan."

“Kami telah menyatakan dengan jelas kecaman terhadap serangan pengganas di Jammu dan Kashmir pada 22 April yang meragut banyak nyawa orang awam,” katanya pada sidang media di New York, Khamis.

Beliau turut menggesa kedua-dua negara supaya “mengelak daripada sebarang tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan.”

“Sebarang isu antara Pakistan dan India perlu diselesaikan secara aman menerusi rundingan bermakna antara kedua-dua pihak,” katanya.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan