KUCHING, 27 April (Bernama) -- Enam lelaki direman bermula esok bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang maut dipercayai terkena tembakan, semalam.
Perintah reman terhadap kesemua suspek berumur 21 hingga 45 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Heng Yi Min selepas permohonan dibuat polis di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Peguam Russell Lim yang mewakili kesemua suspek memaklumkan reman empat hari dibenarkan kepada tiga suspek manakala tiga lagi direman tujuh hari.
Semalam, Ketua Polis Daerah Padawan Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata seorang lelaki berusia 34 tahun maut dipercayai terkena tembakan semasa berada di dalam sebuah kereta di Jalan Stephen Yong.
Beliau berkata kira-kira 5.30 pagi, dua lelaki telah hadir ke Balai Polis Batu Kawa di sini untuk memaklumkan seorang rakan mereka telah ditembak dan berada di dalam kereta yang dinaiki mereka serta kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial