WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PASUKAN SARAWAK DOMINASI PERLUMBAAN BOT LAJU 15HP DI LISC 2025

27/04/2025 05:58 PM

LABUAN, 27 April (Bernama) -- Pasukan Sarawak sekali lagi membuktikan kehebatan mereka dalam sukan laut ekstrem apabila menggungguli perlumbaan bot laju 15hp pada Cabaran Laut Antarabangsa Labuan (LISC) 2025.

Dalam kategori Enjin Asal, pasukan Superman dari Lawas menduduki tempat pertama, manakala rakan senegara Laser Line di tempat kedua.

Pasukan tuan rumah TM Online dari Labuan turut menampilkan persembahan mantap untuk menduduki tempat ketiga.

Sementara itu, kategori Enjin Diubahsuai menyaksikan satu lagi pasukan berpangkalan di Sarawak Laser Line dari Limbang mendominasi saingan dengan memenangi tempat pertama dan kedua. Superman dari Lawas melengkapkan podium apabila berada di tempat ketiga.

Acara mendebarkan yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM25,000 itu adalah antara tarikan utama semasa sambutan hari terakhir LISC 2025.

Siri kedua tahun ini dianjurkan bersama oleh Perbadanan Labuan (LC) dengan kerjasama Kelab Belia Patau-Patau, menarik penyertaan daripada peminat sukan laut terkemuka di seluruh Sabah, Sarawak dan Labuan.

LISC adalah sebahagian daripada kalendar pelancongan ikonik pulau itu, terus berkembang dengan reputasinya mempromosikan Labuan sebagai destinasi utama sukan air, serta mengeratkan hubungan serantau menerusi pertandingan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan