WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PBB, TFTC SERTAI MESYUARAT RIYADH MENGENAI KESAN TEKNOLOGI TERHADAP PEMBIAYAAN KEGANASAN

29/04/2025 08:28 PM

Ia turut memanfaatkan kepakaran sedia ada dimiliki negara anggota bagi menumpukan usaha terhadap rangkaian pembiayaan keganasan tertentu, di samping menyediakan keupayaan kepada rakan serantau untuk menangani isu itu di dalam negara masing-masing.

Sebagai sebahagian usaha Arab Saudi untuk memperkukuh kerjasama, penyelarasan dan persefahaman bersama mengenai aliran pembiayaan keganasan, TFTC ditubuhkan berdasarkan memorandum persefahaman mengenai usaha memerangi pembiayaan keganasan yang ditandatangani antara negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan AS, yang seterusnya membawa kepada pelaksanaan pelbagai langkah berdasarkan prinsip manfaat bersama.

Arab Saudi berperanan aktif dan berkesan dalam usaha TFTC yang merasmikan ibu pejabatnya pada 25 Okt 2017.

TFTC melengkapi hubungan perkongsian maklumat dua hala dan operasi sedia ada dalam kalangan negara anggota, dengan memberi tumpuan kepada mengenal pasti, menjejak dan berkongsi maklumat mengenai rangkaian pembiayaan keganasan serta aktiviti berkaitan, termasuk ancaman daripada organisasi pengganas.

Ia turut menyelaras tindakan seperti pelaksanaan sekatan bersama atau langkah penyekatan lain terhadap pengganas dan rangkaian kewangan mereka serta menyediakan sokongan pakar kepada negara anggota yang memerlukan bantuan dalam membangunkan keupayaan membanteras pembiayaan keganasan, termasuk penganjuran bengkel amalan terbaik selaras dengan piawaian Kumpulan Tindakan Kewangan (FATF).

TFTC diketuai bersama oleh Arab Saudi, yang diwakili oleh Kepresidenan Keselamatan Negara dan  AS, yang diwakili oleh Jabatan Perbendaharaan dengan keanggotaan UAE, Bahrain, Oman, Qatar dan Kuwait.

Jawatankuasa Eksekutif TFTC bermesyuarat setiap suku tahun untuk menetapkan hala tuju strategik tiga bidang tindakan: sekatan, perkongsian maklumat dan pembangunan kapasiti, serta memudahkan dan menyelaras langkah balas bersama.

Sejak penubuhannya, Arab Saudi dan negara anggota TFTC menyelaras tujuh pelaksanaan sekatan bersama terhadap 97 individu dan entiti yang dikaitkan dengan pelbagai organisasi pengganas.

Dari segi pembangunan kapasiti, Arab Saudi bersama negara anggota telah menjadi tuan rumah, menyumbang dan menyertai 23 bengkel selaras Resolusi Majlis Keselamatan PBB mengenai pembanterasan keganasan dan pembiayaannya serta piawaian FATF mengenai pembanterasan pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan langkah untuk mengawal kegiatan itu.

Selain itu, enam sesi libat urus diadakan bagi membincangkan ancaman baharu yang sedang muncul.

Arab Saudi juga menyumbang dan mengambil bahagian dalam program inisiatif perantis TFTC (peringkat satu dan dua), yang ditujukan kepada pakar pertengahan dalam langkah dan keperluan pembanterasan pembiayaan keganasan (CFT).

Bagi memperkukuh pembangunan kapasiti dan penyebaran pengetahuan mengenai risiko baharu yang timbul, negara anggota turut menyertakan wakil agensi penguatkuasaan undang-undang, pihak berkuasa penyelia institusi kewangan, perniagaan dan profesion bukan kewangan yang ditetapkan, badan kehakiman serta organisasi bukan berasaskan keuntungan.

Turut serta ialah organisasi antarabangsa seperti Pasukan Sokongan Analitik dan Pemantauan Sekatan Jawatankuasa Majlis Keselamatan PBB bagi ISIL (Daesh) dan Al-Qaida.

TFTC juga meningkatkan pemahaman serantau mengenai risiko pembiayaan keganasan dan ancaman baharu yang berkaitannya.

Ia juga mengukuhkan penyelarasan dan kerjasama antara negara GCC dan AS, mengenal pasti individu yang dikaitkan atau bersekutu dengan organisasi pengganas yang telah disenarai di peringkat kebangsaan serta menyumbang kepada pertukaran kepakaran, sekali gus meningkatkan latihan dan pembangunan kapasiti.

Arab Saudi memainkan peranan yang terserlah dan berkesan dalam memerangi keganasan dan pembiayaannya, sama ada di peringkat tempatan, serantau mahupun antarabangsa.

Komitmen Arab Saudi dalam usaha memerangi keganasan dan pembiayaannya jelas melalui pelaksanaan resolusi Majlis Keselamatan PBB dan perjanjian PBB berkaitan isu itu.

Negara itu juga menunjukkan komitmennya menerusi pelaksanaan piawaian FATF.

Selain itu, Arab Saudi turut aktif sebagai anggota pelbagai organisasi dan platform berkaitan, dengan memberikan bantuan teknikal dan sokongan pembangunan kapasiti kepada negara yang memerlukan. Ia juga menyumbang dari segi kewangan dan teknikal kepada inisiatif serta program antarabangsa dan serantau.

Negara itu secara berkala menganjurkan persidangan, bengkel dan mesyuarat berkaitan, serta memainkan peranan penting dalam menggalakkan kerjasama antarabangsa dan membina perkongsian strategik untuk membanteras jenayah pembiayaan keganasan.

Penyelidik dan pihak yang berminat dengan usaha TFTC boleh melayari laman sesawang di https://www.tftc-istehdaf.org.

-- BERNAMA-SPA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan