KUANTAN, 1 Mei (Bernama) -- Lima lelaki termasuk empat warga Indonesia ditahan disyaki menceroboh Hutan Simpan Batu Talam di Mukim Tras, Raub semalam.
Ketua Polis Daerah Raub Supt Mohd Shahril Abdul Rahman berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira 5 petang sebelum sepasukan polis ke lokasi terbabit.
Beliau berkata semasa di kawasan berkenaan, polis telah terserempak dengan seorang lelaki tempatan yang memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda dan seorang lelaki warga Indonesia menunggang motosikal.
“Pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar menemukan sebuah rumah kongsi didiami tiga warga Indonesia.
"Justeru, polis menahan kesemua lima lelaki berkenaan yang berusia antara 40 dan 65 tahun serta menghubungi Pejabat Hutan Daerah Raub untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Shahril berkata kes disiasat mengikut Seksyen 88 (1) Akta Perhutanan Negara 1984.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial