WILAYAH - SARAWAK > BERITA

LEMBAGA GETAH MALAYSIA AKTIFKAN IPG BAGI APRIL UNTUK SABAH, SARAWAK

05/05/2025 10:14 PM

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil telah diaktifkan bagi Sabah dan Sarawak berdasarkan pengeluaran getah pada April 2025, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Dalam satu kenyataan, LGM berkata IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap berada di paras RM3.00 sekilogram ke bawah.

Pada April 2025, purata harga ladang bagi getah sekerap ialah RM3.20 sekilogram di Semenanjung Malaysia, RM2.90 sekilogram di Sabah dan RM2.70 sekilogram di Sarawak.

Bagi Sabah, kadar IPG bagi getah sekerap dan lateks ialah 10 sen sekilogram untuk kandungan getah kering (KGK) sebanyak 50 peratus dan 20 sen sekilogram untuk KGK 100 peratus.

Di Sarawak, kadar itu ialah 30 sen sekilogram untuk KGK sebanyak 50 peratus dan 60 sen sekilogram untuk KGK 100 peratus.

Sementara itu, kadar IPG bagi lateks ialah 90 sen sekilogram untuk KGK 100 peratus.

LGM berkata pekebun kecil di Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran IPG mulai 1 hingga 31 Mei, 2025 berdasarkan pengeluaran getah pada April 2025.

IPG bagi getah sekerap dan lateks kekal tidak diaktifkan di Semenanjung Malaysia bagi April 2025. Oleh itu, tiada pembayaran IPG akan dibuat untuk bulan ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan