WILAYAH - SARAWAK > BERITA

CHINA AKAN ANJURKAN ”CHINA SHOPPING” UNTUK TARIK PELANCONG

09/05/2025 06:16 PM

BEIJING, 9 Mei (Bernama-CMG) -- China akan menganjurkan siri aktiviti "China Shopping" bagi memberi insentif kepada kalangan pengguna terutama dari luar negara untuk membeli barangan berkualiti pada harga berpatutan.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Perdagangan China, He Yadong dalam sidang media di sini pada petang Khamis.

He berkata, pelbagai kerja persiapan untuk memperincikan dan menyempurnakan prosedur rebat kewangan kepada pembeli sebelum keluar China, berjalan lancar di merata tempat pada masa sekarang.

Pihak berkuasa tempatan sudah diarahkan untuk mengemas kini pendaftaran kedai-kedai yang terbabit, menurunkan paras rebat tarif dari RMB500 (RM300) kepada RMB200 (RM120), dan menaikkan siling rebat tarif dari RMB10,000 (RM6,000) kepada RMB20,000 (RM12,000), bagi memberi insentif kepada pelancong ”inbound” untuk membeli-belah.

Dimaklumkan lagi, jualan berkaitan rebat tarif dalam tempoh cuti "1 Mei" sempena berlangsungnya "Pesta Beli-belah 5 Mei" Shanghai Ke-6 meningkat 1.2 kali tahun ke tahun.

Sementara itu, Bandar Raya Beijing pula menyaksikan peningkatan 73 peratus jualan berkaitan rebat tarif dalam tempoh cuti "1 Mei", susulan pelaksanaan Panduan Rebat Tarif Sebelum Keluar China dalam bahasa asing dan Peta Elektronik Kedai-kedai Rebat.

Seterusnya, Kementerian Perdagangan China akan memperhalusi pelaksanaan siri aktiviti "China Shopping", bagi memudahkan dan memberi insentif yang lebih berbaloi kepada kalangan pengguna baik tempatan mahupun asing.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan