WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PENIAGA KOSMETIK DIDAKWA EDAR 1.02KG DADAH

11/05/2025 03:11 PM

KUALA TERENGGANU, 11 Mei (Bernama) -- Seorang peniaga kosmetik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 1.02 kilogram, hujung bulan lepas.

Abdul Rahman Mohamad Hussain, 36, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa mengedar dadah berkenaan di sebuah kedai di Paya Keladi di sini  pada 8.40 malam 28 April lepas.

Kesalahan di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) yang jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan hukuman mati, atau penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang dari 15 sebatan jika tidak dihukum mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ely Nazihah Ahmad Yunus manakala  Abdul Rahman tidak diwakili peguam dan 21 Julai ditetapkan untuk sebutan semula kes.

 -- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan