BEIJING, 9 Okt (Bernama-CMG) -- Jumlah perusahaan berkaitan pengeluaran fesyen mainan yang berdaftar di China melonjak 41.08 peratus pada separuh pertama 2025 berbanding tempoh sama tahun lepas.
Statistik terkini menunjukkan, terdapat sejumlah syarikat di bandar Dongguan dalam provinsi Guangdong, beroperasi sepenuhnya susulan tempahan yang melambung dalam tempoh 6 bulan lepas.
Kluster industri fesyen mainan yang lengkap dan kompetitif dilaporkan sudah terbentuk di bandar Dongguan yang terkenal sebagai hab industri fesyen mainan yang terbesar di seluruh negara, dengan adanya 4,000 syarikat pengeluar dan hampir 1,500 perusahaan aksesori melibatkan industri hiliran dan huluan.
Untuk perincian, kelompok pemain industri di Dongguan selalu bertindak pantas menghasilkan set acuan yang berspesifikasi paling tinggi di dunia, bijak menggabungkan teknologi canggih dengan kebudayaan tradisional, menumpukan kepada reka bentuk yang popular dan mengeluarkan produk fesyen yang boleh membawa pulangan ekonomi yang besar.
Dimaklumkan, sebanyak 25 peratus mainan animasi di persada dunia merupakan produk buatan Dongguan, yang juga menyumbang hampir 85 peratus keseluruhan pengeluaran fesyen mainan di China.
Hab industri fesyen mainan ini gah dengan pendapatan perniagaan bernilai RMB23.8 bilion (RM14.08 bilion ) sepanjang 2024.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial