KOTA BHARU, 9 Okt (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia Kelantan menahan 24 warga asing dalam Operasi Bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Stesen Penguatkuasa JPJ Mentara, Gua Musang, semalam.
Pengarahnya Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata operasi bermula pada 8 pagi itu melibatkan 40 pegawai penguat kuasa daripada kedua-dua agensi dan dilaksanakan hasil risikan serta pemantauan rapi di kawasan berkenaan.
Beliau berkata siasatan mendapati modus operandi warga asing berkenaan menggunakan perkhidmatan bas awam bagi mengelak diperiksa dan ditahan pihak berkuasa.
Mereka yang ditahan itu terdiri lelaki warga Bangladesh, India, Pakistan, Indonesia serta Myanmar.
“Turut ditahan wanita warga Indonesia, India dan Bangladesh,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kesemua yang ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 57(1)(d) Akta Imigresen 1959/63, dan kini ditempatkan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial