WILAYAH - SARAWAK > BERITA

RACHEL TEWASKAN AIFA, MARA KE PUSINGAN KEDUA TERBUKA SILICON VALLEY

12/10/2025 09:10 AM

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Pemain skuasy wanita negara Rachel Arnold melangkah ke pusingan kedua kejohanan Terbuka Silicon Valley di Redwood City, Amerika Syarikat selepas menewaskan rakan senegara Aifa Azman pada Sabtu.

Pada pusingan pusingan pertama berlangsung di SquashZone, pemain ranking ke-20 dunia itu tidak berdepan masalah untuk mengecewakan Aifa dengan keputusan 11-6, 9-11, 12-10, 15-13 dalam tempoh 39 minit.

Ujian sebenar bagaimanapun menanti Rachel pada pusingan kedua apabila bertemu dengan pemain ranking ke-10 dunia dari England, Georgina Kennedy yang sebelum ini pernah menewaskannya dalam pertemuan sulung pada Kejohanan Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) di Mesir tahun lepas.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan