WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SUAMI ISTERI WARGA INDONESIA MENGAKU SALAH ANIAYA KANAK-KANAK SEHINGGA MENINGGAL DUNIA

14/10/2025 02:36 PM

IPOH, 14 Okt (Bernama) -- Sepasang suami isteri warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun sehingga mangsa meninggal dunia.

Siswadi, 35, dan Nurhayati, 34, didakwa melakukan perbuatan itu di No 2181, Kampung Sadang Blanja Kiri, Parit dalam daerah Perak Tengah pada 10 pagi 22 Sept lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya S. Vitthiyeswary manakala kedua-dua tertuduh yang berasal dari Medan tidak diwakili peguam.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad kemudian memerintahkan agar Kedutaan Indonesia dimaklumkan bahawa terdapat dua warganya yang telah dituduh di mahkamah.

Mahkamah menetapkan 17 Nov ini untuk mendengar fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan