WILAYAH - SARAWAK > BERITA

BANJIR KILAT DI LUNAS, SEBUAH PPS DIBUKA

17/10/2025 10:30 PM

KULIM, 17 Okt (Bernama) -- Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kampung Belakang Taman Sang Kancil, Lunas dekat sini pada 8.30 malam tadi bagi menempatkan mangsa banjir kilat dari kawasan sekitar.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata hujan berterusan bermula pukul 5 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah itu dinaiki air.

“Maklumat awal yang diterima melaporkan banjir kilat berlaku di Kampung Padang Tembak, Taman Seri Kulim, Kampung Seri Kulim, Kampung Taman Kancil dan Kampung Padang Limau.

“Satu PPS dibuka pada 8.30 malam tadi di Kampung Belakang Taman Sang Kancil… bagaimanapun paras air menunjukkan penurunan, malah ada kawasan air telah surut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS berkenaan belum diperoleh kerana proses pemindahan mangsa dan pengumpulan data sedang dijalankan.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan