PONTIAN, 21 Okt (Bernama) -- Banjir kilat yang melanda di dua kampung di sini sejak tiga hari lepas pulih sepenuhnya, dengan penutupan satu-satunya Pusat Pemindahan Sementara (PPS) petang tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata PPS Sekolah Kebangsaan Penerok yang dibuka pada 19 Okt lepas itu ditutup 2 petang tadi.
“PPS berkenaan menempatkan 53 penduduk daripada 14 keluarga setakat 12 tengah hari tadi,” katanya dalam kenyataan.
Kampung yang terlibat ialah Kampung Makam Penerok dan Kampung Parit Bugis.
Beliau berkata setakat tiada sungai di Johor dilaporkan berada pada paras waspada atau amaran, malah cuaca di semua daerah dilaporkan cerah.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial