WILAYAH - UTARA > BERITA

BUKIT AMAN AMBIL ALIH KES RAKAMAN SUARA DIDAKWA HINA RAJA PERLIS

18/10/2025 09:02 PM

KANGAR, 18 Okt (Bernama) -- Kes rakaman suara dipercayai milik seorang pemimpin politik yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan penghinaan terhadap Institusi Diraja Negeri Perlis, kini diambil alih Bukit Aman.

Mengesahkan perkara berkenaan, Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim berkata kes itu akan disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman.

“Jadi, apa yang berlaku di sini ialah pihak polis Perlis hanya akan membantu Bukit Aman dalam melengkapkan siasatan," katanya kepada Bernama.

Semalam, Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi dilaporkan berkata rakaman suara itu dipercayai mengandungi kenyataan berunsur fitnah serta penghinaan terhadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Beliau berkata kandungan itu dipercayai telah disebarkan secara terbuka menerusi media sosial, dan mengandungi maklumat tidak benar yang boleh menjejaskan maruah dan reputasi Institusi Diraja Negeri Perlis.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan