BERITA TERGEMPAR   Air Force One carrying US President Trump has landed at KLIA at 9.54 am | 
 WILAYAH - SELATAN > BERITA

EMPAT MAUT DALAM KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI TANGKAK

25/10/2025 12:56 PM

TANGKAK, 25 Okt (Bernama) -- Empat termasuk seorang remaja perempuan 18 tahun maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 32.5 Jalan Muar–Segamat berhampiran Bandar Baru Sagil di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata kemalangan pada 10.20 malam membabitkan tiga motosikal dan sebuah Perodua Myvi.

“Tiga mangsa maut di tempat kejadian iaitu dua lelaki berusia 20 tahun dan remaja perempuan tersebut manakala seorang remaja 19 tahun meninggal dunia di Hospital Tangkak.

“Semua mereka merupakan penunggang dan pembonceng motosikal Yamaha 135LC serta Yamaha Y15ZR,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Roslan berkata pemandu dan penumpang Myvi tidak cedera.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Khairul Azmi Ibrahim menerusi talian 011-12445836 atau hadir ke balai polis berhampiran.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan