KUANTAN, 31 Okt (Bernama) -- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Sarawak bagi lawatan empat hari ke negeri Bumi Kenyalang itu.
Keberangkatan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah hari ini diiringi anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan isteri Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan.
Keberangkatan tiba baginda berdua di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) kira-kira 12 tengah hari disambut Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Menerusi hantaran Kesultanan Pahang di laman Facebook, beberapa program telah disusun bagi memenuhi jadual keberangkatan baginda berdua sepanjang lawatan, termasuk majlis santapan rasmi, lawatan ke beberapa institusi dan tarikan utama negeri serta Majlis Penangguhan Reggata Sarawak 2025 dan Festival Kraf Borneo Sarawak 2025.
“Lawatan yang dijadual berlangsung hingga Isnin depan ini dijangka dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta kerjasama erat antara kerajaan Pahang dan Sarawak,” menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial