WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PM ANWAR SAMPAI SUMBANGAN KEPADA IBU TUNGGAL DI SEMAMBU

01/11/2025 07:41 PM

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada seorang ibu tunggal Wong Kim Keow, di Semambu, Pahang bagi membantu meringankan beban keluarga wanita itu.

Sumbangan berupa wang tunai dan bakul makanan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi menerusi program Ziarah MADANI. 

“Di sebalik wajah tenang itu, tersimpan cerita perjuangan seorang wanita yang tidak pernah mengalah, biarpun ujian hidup datang silih berganti.

“Bagi pihak Perdana Menteri, saya hulurkan sumbangan tunai dan bakul makanan untuk meringankan beban beliau sekeluarga. Namun yang lebih utama, adalah rasa kebersamaan dan sokongan moral agar beliau tahu, perjuangan ini tidak pernah bersendirian,” kata Ahmad Farhan menerusi hantaran Facebook hari ini yang turut dikongsikan oleh Anwar.

Ahmad Farhan berkata semangat Ziarah MADANI bukan sekadar menyantuni golongan memerlukan, tetapi juga menyalakan kembali harapan agar mereka terus tabah menghadapi dugaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan