WILAYAH - SARAWAK > BERITA

ANWAR TEKAN KEPENTINGAN KERJASAMA GERAKAN BELIA 4B DENGAN AKAR UMBI

04/11/2025 07:51 PM

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memperkukuh semangat serta mempererat penyelarasan antara Gerakan Belia 4B Malaysia (Belia 4B) dengan kumpulan belia di peringkat akar umbi agar gerakan itu terus relevan dan berimpak.

Menerusi hantaran Facebook, beliau berkata perkara itu dibincangkan semasa menerima kunjungan hormat daripada Majlis Tertinggi Gerakan Belia 4B yang diketuai pengerusinya Mohd Ridhwan Mohd Ali, hari ini.

Menurut Anwar, pertemuan itu bertujuan membincangkan peluang kerjasama strategik dengan Kerajaan Persekutuan dalam memperkasakan agenda belia sebagai pemacu kemajuan negara.

“Pesanan juga dititipkan agar Gerakan Belia 4B memastikan setiap perancangan masa depan diselaraskan dengan Kementerian Belia dan Sukan serta agensi berkaitan supaya pelaksanaannya menyeluruh, berkesan dan menepati aspirasi generasi muda hari ini,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan