IPOH, 5 Nov (Bernama) -- Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum terjatuh ke dalam anak sungai berhampiran kebunnya di Lata Telaga 7, Kampung Repoh, dekat Batu Kurau petang tadi.
Pemangku Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 3.05 petang bagi membantu polis mengeluarkan mangsa yang berusia lingkungan 50-an.
"Mangsa dipercayai terbabas ketika menunggang motosikal di kawasan lereng bukit sebelum terjatuh ke dalam sungai berdekatan kebunnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau yang digerakkan ke lokasi terpaksa menggunakan kenderaan utiliti untuk ke lokasi kejadian yang terletak sejauh satu kilometer dari jalan utama.
Shazlean berkata mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 6.45 petang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial