WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SEORANG MAUT, LIMA CEDERA DALAM KEMALANGAN LIMA KENDERAAN

16/11/2025 12:19 PM

JOHOR BAHRU, 16 Nov (Bernama) -- Seorang wanita maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Payamas, Taman Sentosa, Tangkak awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak Pegawai Bomba Kanan II Zamri Ayub berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kemalangan pada 1.58 pagi, melibatkan Perodua Viva dan Myvi serta Toyota Hiace, Vios dan Hilux.

“Seorang wanita 56 tahun yang merupakan penumpang Perodua Viva disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zamri berkata berkata mereka yang cedera merupakan wanita berusia 60 tahun dan lelaki 65 tahun yang juga menaiki Perodua Viva selain tiga daripada Myvi iaitu wanita berumur 27 serta 61 tahun dan remaja lelaki 14 tahun.

Beliau berkata pemandu tiga lagi kenderaan yang terlibat tidak mengalami kecederaan dan operasi ditamatkan pada 2.54 pagi.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan