Oleh SURAIDAH ROSLAN
LIBARAN, 16 Nov (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Suhaimi Nasir bertekad membawa lebih banyak pembangunan infrastruktur serta peluang ekonomi kepada rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga.
Suhaimi, 56, yang juga Ketua Penerangan UMNO Sabah berkata isu pertama yang akan diberi perhatian pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 adalah bekalan air, jalan raya dan masalah setinggan di kawasan berkanaan.
Beliau berkata isu-isu berkenaan pembangunan infrastruktur boleh diselesaikan menggunakan peruntukan disalurkan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan menerusi amalan tatakelola yang baik.
“Sungai Sibuga mengharapkan satu perubahan paradigma yang meyakinkan bahawa selepas 29 Nov ini, pemimpin yang dipilih akan memastikan fasiliti dan juga ekonomi rakyat terjamin.
“Kita tahu bahawa BN mampu melakukannya kerana kestabilan politik semasa pimpinan BN sudah terbukti sekian lama,” katanya yang juga Ahli Parlimen Libaran kepada Bernama.
Beliau yang berdepan saingan lima penjuru pada PRN kali ini berkata sekiranya BN diberikan mandat oleh pengundi di DUN Sungai Sibuga, segala perkara yang dirancang akan dilaksanakan.
Sementara itu, Suhaimi berkata langkah BN menampilkan 80 peratus muka baharu membuktikan kesediaan parti itu membawa perubahan dalam kepimpinan negeri berbanding parti-parti lain.
“Calon muda kita mempunyai latar belakang profesional seperti doktor, peguam dan jurutera yang boleh membawa perubahan dalam kepimpinan negeri,” katanya.
Beliau juga ingin melihat kerajaan negeri sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan Sabah menerima peruntukan berterusan bagi pembangunan negeri ini, terutama dalam menyelesaikan isu tiga serangkai, iaitu bekalan air, elektrik dan jalan raya.
SPR menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17 manakala tarikh penamaan calon pada 15 Nov dan 25 Nov bagi pengundian awal.
Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php
| N52: SUNGAI SIBUGA: SABAH: 38,678 | ||||||||||
|
||||||||||
| (2020: Mohamad Hamsan Awang Supian: BN-UMNO: Maj: 1,538) | ||||||||||
| -- BERNAMA |
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial