KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Olahraga Malaysia (MA) masih mencongak sasaran mahu diletakkan kepada atlet mereka yang akan berjuang pada Sukan SEA 2025 di Thailand bulan depan.
Presiden MA Datuk Karim Ibrahim berkata pihaknya belum lagi memutuskan jumlah pingat mampu dibawa pulang kerana mereka sedang mengukur prestasi beberapa atlet yang masih lagi menyertai pertandingan sebelum ke temasya sukan dwitahunan itu.
“Kami juga (menilai) atlet dari negara luar seperti Thailand dan Vietnam yang mampu memberi saingan. Kami perlu ambil kira statistik keseluruhan sebelum buat keputusan (umum sasaran).
“Kami akan adakan sidang media dalam masa terdekat untuk mengumumkan (sasaran) dan jawab segala soalan dikemukakan oleh media,” katanya pada sesi perjumpaan Ketua Kontinjen Sukan SEA 2025 Nurul Huda Abdullah bersama atlet olahraga kebangsaan di sini hari ini.
Sebanyak 28 atlet lelaki dan 19 atlet wanita akan mengibar cabaran skuad olahraga negara pada Sukan SEA kali ini.
Sementara itu, Nurul Huda berkata sasaran sebenar pingat kontinjen negara pada Sukan SEA 2025 akan diumumkan dalam majlis penyerahan Jalur Gemilang pada 3 Dis ini.
Sukan SEA 2025 dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 20 Dis ini, melibatkan tiga wilayah iaitu Bangkok, Chonburi dan Songkhla.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial