KUCHING, 21 Nov (Bernama) -- Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) hari ini mengesahkan semula komitmennya terhadap integriti dan tadbir urus yang baik apabila Lembaga Pengarahnya secara rasmi menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).
Majlis menandatangani ikrar yang diketuai oleh Pengerusi BPHB Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, mencerminkan komitmen tertinggi kumpulan itu untuk menegakkan piawaian tertinggi tatalaku beretika, ketelusan dan toleransi sifar terhadap rasuah di seluruh operasinya, kata syarikat itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.
“Ahli Lembaga Pengarah turut menandatangani ikrar itu, sekali gus menunjukkan tanggungjawab bersama dan sokongan padu dalam memperkukuh integriti di seluruh kumpulan,” katanya.
Majlis menandatangani ikrar itu disaksikan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak Datuk Hasbillah Mohamad Salleh yang menzahirkan sokongan dan kerjasama berterusan suruhanjaya itu dengan syarikat dalam memajukan inisiatif tadbir urus dan antirasuah.
Turut hadir anggota pasukan kepimpinan BPHB dan wakil-wakil SPRM.
BPHB berkata pemeteraian IBR itu mengukuhkan penyelarasan kumpulan dengan usaha antirasuah negara dan memperteguh komitmen jangka panjangnya terhadap ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus korporat yang beretika.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial