WILAYAH - SARAWAK > BERITA

RIBUT TROPIK: HUJAN LEBAT DAN ANGIN KENCANG DIJANGKA MELANDA UTARA SEMENANJUNG - METMALAYSIA

26/11/2025 03:27 PM

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di negeri-negeri utara Semenanjung susulan pembentukan ribut tropika berhampiran kawasan berkenaan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata ketika cerapan pada 11 pagi tadi, ribut itu dikesan berada di latitud 4.5 utara dan longitud 97.9 timur, kira-kira 309 kilometer (km) ke tenggara Bandar Acheh, Indonesia, dan 284 km ke barat daya George Town, Pulau Pinang.

MetMalaysia dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan ribut tersebut dijangka bergerak ke arah barat-barat daya dengan kelajuan sembilan km/j, dan berpotensi mencapai kelajuan angin maksimum sehingga 83 km/j.

Orang ramai dinasihatkan bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat Monsun Timur Laut dan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca dikeluarkan MetMalaysia melalui laman web rasmi di www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline 1-300-22-1638.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan