PUTRAJAYA, 28 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan ahli perniagaan Albert Tei, di rumahnya di Puchong, Selangor pagi tadi.
Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dalam kenyataan berkata penahanan lelaki itu dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan.
"SPRM juga ingin menafikan berlakunya situasi di mana pegawai suruhanjaya ini mengacukan senjata di kepala ahli perniagaan Albert Tei ketika tangkapan dilakukan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Berikutan itu, Azam berkata satu laporan polis telah dibuat hari ini bagi membolehkan pihak berkuasa terbabit menjalankan siasatan atas fitnah yang dibuat terhadap pegawai SPRM berkenaan.
Beliau berkata laporan polis itu juga bagi memastikan tiada pihak tertentu menyebarkan sebarang berita tidak sahih yang berkemungkinan dengan niat bagi mengganggu siasatan SPRM.
Terdahulu, media melaporkan SPRM menyerbu dan menahan ahli perniagaan berkenaan di rumahnya di Puchong pagi tadi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial