WILAYAH - SARAWAK > BERITA

HAJIJI DIJANGKA ADAKAN SIDANG MEDIA PELANTIKAN MENTERI KABINET SABAH PETANG INI

01/12/2025 03:17 PM

KOTA KINABALU, 1 Dis (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dijangka mengadakan sidang media mengenai pelantikan anggota Kabinet baharu Negeri Sabah pada 3.30 petang ini.

Jemputan daripada Pejabat Media dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri memaklumkan bahawa sidang media itu akan diadakan di Kediaman Rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, berhampiran Istana Seri Kinabalu, kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan mengenai senarai anggota Menteri Kabinet Sabah, namun majlis angkat sumpah akan berlangsung petang ini.

Awal pagi Ahad, Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah bagi penggal kedua di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu.

Mengikut keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, GRS mendahului pesaing dengan memperoleh 29 kerusi manakala pencabar terdekatnya iaitu Parti Warisan (Warisan) memperoleh 25 kerusi, diikuti Barisan Nasional (BN) (6), UPKO (3) dan STAR (2).

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan