WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SINGAPURA SAMBUT BAIK KELULUSAN MALAYSIA UNTUK BUKA KONSULAT DI SABAH DAN SARAWAK

04/12/2025 07:34 PM

Oleh Hasnah Jusid

SINGAPURA, 4 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong menyambut baik keputusan Malaysia untuk meluluskan secara rasmi cadangan Singapura membuka konsulat di Sabah dan Sarawak, sambil menyifatkannya sebagai langkah penting dalam memperkukuh hubungan antara rakyat kedua-dua negara.

“Gembira Malaysia telah bersetuju secara rasmi dengan cadangan Singapura untuk membuka konsulat di Sabah dan Sarawak.

“Ini akan membolehkan Singapura menyediakan perkhidmatan konsular kepada rakyat Singapura di sana, serta memperdalam hubungan erat yang sedia terjalin antara rakyat kita,” kata Wong pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Pemukiman Pemimpin Tahunan Ke-12 yang diadakan di sini pada Khamis.

Perkara itu pertama kali dibangkitkan pada pemukiman pemimpin di Putrajaya pada Januari lalu.

Pada masa ini, Singapura mempunyai dua misi diplomatik di Malaysia, iaitu Suruhanjaya Tinggi di Kuala Lumpur dan konsulat di Johor Bahru yang memulakan operasi pada 2009.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan