WILAYAH - SARAWAK > BERITA

30 RUMAH MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI TAWAU

14/12/2025 11:21 AM

TAWAU, 14 Dis (Bernama) -- Sebanyak 30 buah rumah atas air separuh kekal musnah dalam kebakaran di Lorong Jade 4, Kampung Sri Aman, Jalan Apas, di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.23 malam dan menggerakkan 17 anggota ke lokasi kejadian, kira-kira tujuh kilometer dari balai, sebelum tiba 10 minit kemudian.

“Bagi memastikan bekalan air mencukupi sepanjang operasi, pasukan bomba turut menggunakan pam angkut serta sistem relay air daripada jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Water Tanker,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi pemadaman turut dibantu enam anggota masing-masing dari BBP Kunak dan Bomba Komuniti Kampung Titingan, dengan pemadaman dijalankan menggunakan tiga kaedah termasuk pancutan air dari pili bomba serta sumber air terbuka dari laut.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak serta menyelamatkan kira-kira 300 buah rumah sebelum operasi ditamatkan pada 3.10 pagi.

Katanya punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan