WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TABIKA PERPADUAN BERPERANAN SEIRING FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN - MOHAMAD

16/12/2025 09:42 PM

BUTTERWORTH,  16 Dis (Bernama) -- Tabika Perpaduan membawa misi istimewa bukan sahaja untuk membina kemahiran awal, malah menyemai benih perpaduan sejak dari peringkat prasekolah lagi.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata pendidikan awal kanak-kanak merupakan teras pembentukan insan dan Tabika Perpaduan memainkan peranan yang amat strategik yang selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

"Pendidikan di negara kita bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan serta mampu menyumbang kepada kesejahteraan diri, masyarakat dan negara. 

"Guru-guru Tabika Perpaduan bukan sahaja menyampaikan ilmu asas membaca, menulis dan mengira, malah memikul amanah yang jauh lebih besar, iaitu membentuk nilai, sikap, adab serta jati diri kanak-kanak sejak usia awal lagi yang menjadi asas kepada perpaduan nasional," katanya ketika merasmikan Program Memartabatkan Profesion Perguruan Tadika Perpaduan di sini.

Mohamad berkata peranan guru Tabika Perpaduan pada era digital menuntut mereka bukan sekadar celik teknologi tetapi bijak menggunakannya secara beretika, berfokus dan berimpak.

Di Pulau Pinang terdapat 116 buah Tabika Perpaduan dengan 232 guru dan tiga buah taska perpaduan serta 18 orang pendidik.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan