WILAYAH - SARAWAK > BERITA

POLIS KESAN REMAJA LELAKI DISYAKI CEDERAKAN KANAK-KANAK TIGA TAHUN

18/12/2025 10:24 PM

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang disyaki mencederakan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di sebuah rumah di Batu Muda di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata usaha mengesan remaja terbabit yang juga anak kepada pengasuh kanak-kanak berkenaan sedang giat dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, kejadian terbabit disedari selepas ibu mangsa datang mengambil anaknya di rumah pengasuhnya kira-kira 4.30 petang sebelum mendapati mata kiri anaknya lebam. 

Ibu bapa kanak-kanak terbabit kemudian membawa anak mereka ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Jinjang untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan