BEIJING, 9 Jan (Bernama-CMG)-- Presiden China, Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada majlis perasmian Tahun Pertukaran Rakyat-ke-Rakyat China-Afrika 2026, pada Khamis.
Dalam suratnya, Xi menyatakan bahawa Tahun Pertukaran Rakyat-ke-Rakyat China-Afrika yang diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-70 jalinan hubungan diplomatik antara China dengan Afrika merupakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua pihak, dan menandakan langkah penting untuk memperkukuh persahabatan China-Afrika dalam kalangan rakyat pada titik permulaan baharu dalam sejarah.
Beliau berharap kedua-dua pihak agar mengambil peluang tahun pertukaran ini untuk mengukuhkan persahabatan tradisional, meningkatkan pertukaran dan saling pempelajaran antara peradaban, meluaskan pertukaran rakyat-ke-rakyat khususnya dalam golongan belia, mempergiat pertukaran pengalaman tadbir urus, dan berganding bahu untuk mempromosikan pembinaan modenisasi.
Melalui usaha-usaha itu, kedua-dua pihak dapat menggalakkan persefahaman rakyat China dan Afrika yang berbilang 2.8 bilion, sekali gus menyumbang kepada perpaduan Selatan Global untuk bersama-sama menangani cabaran, menyemarakkan nilai bersama umat manusia serta membina komuniti berkongsi nasib sesama insan, menurut Xi.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial