WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TPM ZAHID, FAHMI UCAP TAHNIAH SEMPENA HARI KEPUTERAAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN

14/01/2026 03:36 PM

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merafak sembah tahniah kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-78 hari ini.

"Semoga Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa di bawah peliharaan rahmat dan perlindungan Allah SWT, hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan segala taufik serta hidayah, selamat sejahtera, dilanjutkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik.

"Menjunjung kasih Tuanku," katanya menerusi hantaran Facebook.

Sementara itu, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil turut merafak sembah tahniah sempena ulang tahun keputeraan Tuanku Muhriz.

"Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Dirgahayu Tuanku," katanya.

Sempena hari keputeraan baginda, Tuanku Muhriz berkenaan menganugerahkan darjah kebesaran, bintang dan pingat kerajaan Negeri Sembilan kepada 532 penerima.

Istiadat penganugerahan sesi pertama hari ini berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti, manakala sesi kedua dijadualkan pada 20 Jan, diikuti sesi ketiga 27 Jan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan