WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PESERTA KONVOI TRANS ASEAN MADANI MENINGGAL DUNIA DI HOSPITAL PATTAYA

16/01/2026 10:26 PM

Oleh Vijian Paramasivam

PHNOM PENH, 16 Jan (Bernama) -- Seorang peserta Konvoi Trans ASEAN MADANI yang terlibat dalam mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 di Thailand, Kemboja dan Laos, meninggal dunia di Pattaya, Thailand, pada Jumaat.

Mohd Nor Daud meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pattaya kira-kira pukul 7 malam (waktu Malaysia) selepas mengalami masalah kesihatan.

"Beliau mengadu sakit dada serta kesukaran bernafas dan meminta izin untuk terbang pulang ke Kuala Lumpur.

Namun, disebabkan keadaan kesihatannya, beliau dimasukkan ke Hospital Pattaya pada 15 Januari dan saya dimaklumkan beliau meninggal dunia petang ini. Amat menyedihkan apabila kehilangan seorang rakan," kata pengarah konvoi itu, Datuk Abd Rahim Hashim, kepada Bernama dari Kuala Lumpur.

Warga Malaysia berusia 68 tahun itu sebelum ini pernah berkhidmat di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Abd Rahim berkata Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok telah dimaklumkan mengenai kematian Mohd Nor dan persiapan sedang dilakukan untuk membawa pulang jenazah ke tanah air.

Konvoi yang terdiri daripada 38 peserta itu telah menamatkan jelajah tiga negara ASEAN --Thailand, Laos, dan Kemboja -- bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Ahli kumpulan yang lain telah selamat pulang ke Malaysia hari ini.

--  BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan