WILAYAH - SARAWAK > BERITA

POLIS BURU DUA LELAKI DISYAKI TERLIBAT KES ROMPAKAN BERSENJATA

21/01/2026 12:11 AM

SEREMBAN, 20 Jan (Bernama) -- Polis sedang memburu dua lelaki warga tempatan disyaki terlibat dalam rompakan bersenjatakan pistol di sebuah kedai emas dalam sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, di sini malam ini.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Johari Yahya berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada kira-kira 8.30 malam.

“Berdasarkan maklumat awal, kedua-duanya bertutup muka serta memakai topi keledar dan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 biru. Tiada sebarang tembakan dilepaskan dan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

“Ketika kejadian terdapat dua pekerja dan tiada pelanggan. Suspek menggunakan beg penghantaran Lalamove oren dan kerugian dianggarkan RM60,000,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan