WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PAPAN PEMUKA STATUS PELAKSANAAN MA63 DILANCARKAN RABU INI - MUSTAPHA

26/01/2026 07:55 PM

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Papan Pemuka Status Pelaksanaan Perkara di Bawah Perjanjian Malaysia 1963 (Dashboard MA63) akan dilancarkan di Parlimen pada Rabu ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud.

Beliau berkata menerusi pelancaran papan pemuka itu, rakyat Malaysia boleh mengakses maklumat yang sahih berkaitan 29 tuntutan utama Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tanpa dipengaruhi bias politik dan ketidakpastian maklumat bermula pada tarikh berkenaan.

Dashboard (papan pemuka) MA63 ini boleh diakses melalui portal rasmi Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri (BHESS, JPM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mustapha berkata majlis itu akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. 

“Undangan rasmi kepada kesemua Yang Berhormat Ahli Dewan Negara dan Yang Berhormat Ahli Parlimen ke majlis ini telah diedarkan sebagai mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh ketelusan dan pemantauan pelaksanaan MA63 yang kini menjadi agenda nasional, bukan sahaja terhad kepada agenda Sabah dan Sarawak,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan