KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Polis memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mencari seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata laporan kehilangan Hazqil Hajid Ahmad Hamdan diterima pada 6.38 petang semalam daripada ibunya setelah remaja itu tidak pulang ke rumah.
Beliau berkata Hazqil Hajid mempunyai ketinggian 183 sentimeter dengan berat 77 kilogram dan berambut pendek lurus berwarna hitam.
“Lokasi terakhir Hazqil Hajid dilihat ialah di Jalan Sp 3/9, Sri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh manakala pakaian terakhirnya baju-T kadet polis berwarna biru gelap dan seluar trek hitam,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Orang ramai yang menjumpai atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kedudukan remaja berkenaan diminta menghubungi Sarjan Norsamsila Daud di talian 017-870 1889 atau balai polis berdekatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial