"Ketika itu saya sekeluarga sedang berbual di beranda rumah, tiba-tiba kami ternampak seekor beruang menghampiri rumah dalam jarak 20 meter sebelum memasuki semak berhampiran," katanya.
Jantan berkata dalam tempoh lima minit selepas itu, anak perempuannya melihat seekor lagi beruang sedang memakan sampah sarap berhampiran pintu dapur rumahnya.
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Terengganu Loo Kean Seong berkata pihaknya telah memasang perangkap di kampung itu pada 2 Feb selepas menerima aduan.
Beliau berkata pihaknya turut memasang sebuah lagi perangkap di kampung bersebelahan, iaitu di Kampung Dendang yang turut diganggu hidupan liar itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial