KOTA KINABALU, 21 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,761 orang daripada 1,828 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 4,652 orang daripada 1,799 keluarga petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa daripada tiga daerah, iaitu Pitas, Kota Marudu dan Paitan ditempatkan di 25 PPS.
Pitas merekodkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 2,013 orang diikuti Kota Marudu (1,923 orang) manakala Paitan (825 orang).
Banjir di ketiga-tiga daerah itu telah menjejaskan 79 kampung, namun tiada kematian dilaporkan setakat ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial