WILAYAH - SARAWAK > BERITA

"SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-46, AZIZAH" - PM ANWAR

26/02/2026 12:41 PM

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menitipkan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan ke-46 buat isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut merakamkan penghargaan atas kasih sayang, pengorbanan serta doa yang tidak pernah putus sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Beliau menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai cinta hati yang sentiasa setia mendampingi beliau dalam setiap suka dan duka.

“Semoga Allah SWT terus memelihara dan memberkati perjalanan hidup kita,” kata beliau.

Anwar dan Dr Wan Azizah mendirikan rumah tangga pada 1980 dan dikurniakan enam cahaya mata.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan