WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SWCORP KUTIP LEBIH 1,200 TAN SISA PASCABANJIR PERLIS

27/02/2026 10:30 AM

KANGAR, 27 Feb (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) merekodkan kutipan sebanyak 1,258.03 tan sisa pepejal pascabanjir di Perlis dalam operasi pemulihan bencana yang berlaku pada penghujung November tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Khalid Mohamed berkata operasi dari 29 Nov hingga 6 Dis melibatkan 116 kawasan terjejas serta 8,910 premis di bawah seliaan perbadanan itu.

“Operasi melibatkan 189 petugas termasuk penguat kuasa SWCorp dengan sokongan 65 jentera terdiri daripada 53 mini arm roll serta 12 pengorek-kaut bagi mempercepat kerja pembersihan.

“Jumlah kutipan sisa bukan sekadar angka tetapi mencerminkan kesungguhan, pengorbanan dan komitmen tinggi semua pihak dalam memastikan kawasan terjejas dipulihkan segera demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Khalid berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Pascabanjir peringkat negeri dan Majlis Berbuka Puasa di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini.

Beliau berkata kejayaan operasi didorong kerjasama strategik pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, pihak swasta serta rakan berkepentingan dalam memastikan pengurusan sisa pascabanjir dilaksanakan secara cekap dan menyeluruh.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan